Sunday, 29 April 2018

Cara Memangkah Kertas Undi - Pilihan Raya Umum 2018

Salam sejahtera pembuka bicara. Hari ni terdetik gerak hati nak buat post pasal cara mengundi ni. Well, this year I'm a bit excited to vote... Almaklumlah kali pertama menjalankan tanggungjawab kan.. 😂 Jadi tergerak hatilah nak tahu cemana proses pengundian ni dijalankan. Sebab zaman sekarang zaman 'segalanya dihujung jari', aku pon bertanya la ke Pakcik Google. 

Hasilnya aku kongsikan kat sini kayh!

Jadi perkara yang korang perlu tahu sebelum mengundi ialah lokasi mengundi korang. Senang saja.. Boleh buat semakan di SEMAKAN DAFTAR PEMILIH. Bila dah tahu cemana kat mana nak mengundi, baru lah boleh mengundi.. Kat sini aku listkan 7 Langkah Pengundian.

  1. Sila masuk apabila dibenarkan oleh polis yang mengawal di pintu masuk.
  2. Serahkan MyKad/Dokumen pengenalan & slip semakan kepada kerani Pengundian Pertama. Tunjukkan tangan untuk diperiksa dan pastikan tiada calitan dakwat kekal pada jari.
  3. Bergerak ke hadapan kerani Pengundian Kedua. Letakkan tangan di atas pad dakwat kekal untuk calitan dan tunggu nama anda dipanggil.
  4. Selepas jari ditandakan dengan dakwat kekal & sebelum kertas undi dikeluarkan, Kerani Pengundian Pertama akan membuat tanda pada nombor dan nama anda dalam buku daftar pemilih. Dapatkan kertas undi daripada Kerani Pengundian Ketiga
  5. Maju ke petak undi dan tandakan X pada ruang calon dalam kertas undi anda. Pilih satu calon sahaja.
  6. Masukkan kertas undi ke dalam peti undi masing-masing untuk Dewan Undangan Negeri dan Parlimen.
  7. Keluar segera dari tempat mengundi.

Sesudah ja keluar dari tempat mengundi, korang dah jalankan tanggungjawab besar pada negara!!! Yay... 

7 Langkah Pengundian,




No comments:

Post a Comment

Cara Memangkah Kertas Undi - Pilihan Raya Umum 2018

Salam sejahtera pembuka bicara. Hari ni terdetik gerak hati nak buat post pasal cara mengundi ni. Well, this year I'm a bit excited to...