Salam sejahtera. Well this is my first time writing a blog actually so sebagai pembuka bicara, terlebih dahulu jari disusun memohon kemaafan sekiranya segala coretan disini menyinggung perasaan semua.
Alhamdulillah, berkat doa ibubapa, guru, adik-beradik dan kawan-kawan, sudah hampir genap 2 tahun aku meninggalkan zaman study. Habis je last exam tahun 2016 tu terus bertungkus lumus mencari pekerjaan walaupon ada yang masih berpendapat "lek luu... enjoy the freedom" tetapi ku gagahi jugak dengan scrolling setiap platform pekerjaan yang ada. Almaklumlah, sifat tidak boleh kalah dalam diri menebal tatkala kawan-kawan sekelas sudah ada yg mendapat tempat pekerjaan sewaktu belajar. Nak-nak pulak sekarang sekarang saingan terlalu ramai...
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhih492jigXWcDvaGv_yQ-zdYtEUSVulxetNdvymoN8s1xP-t0b_JViODCGoMP_X5nXbBUZwTor7uVlscp5y823qd1bAR9fBfgZ71UI0ZUjf1vcRcCRFt5Bss9EAnRm32yn2m_VG9up0P99/s320/IMG_20161017_072132.jpg) |
Graduate - Oct 2016 |
Aku habis belajar pada bulan Jun 2016 di Universiti Malaya dan majlis graduasi diadakan pada bulan Oktober. Aku berazam akan mendapatkan pekerjaan sebelum majlis graduasi. Setelah mencari kerja macam orang hilang anak, dan mendapat beberapa tawaran interview, akhirnya aku dikurniakan pekerjaan sebagai R&D & process engineer di sebuah kilang eksport - Filtermation Sdn Bhd.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjDf0uZ2hJCBgWxz3LWYfCyBoYB7L5E9DCtYhkrLkt4hZ0T9e17A-nyKBgZIhLuC15Aqe-HTkKuYOxJovjabjUZYxaOzi7jlgnnQz8bRt3ktPr9B_bXosG3rbHz8s-iSfKcdJDX2aeWJDKf/s320/IMG_20170614_213627.jpg) |
Buka puasa bersama Filtermation - Bangi Golf Resort |
Pada awalnya aku dijanjikan jawatan electrical engineer (sebab belajar pon pasal elektrikal kan..), tapi apalah sangat kerja elektrikal di kilang selain maintenance & services. Bukan nak stereotaip ke apa, tapi it is easier when man to man's job. So aku bertukar ke arah proses dan improvisasi. Sungguh aku nak kata, this is not my job.. sebab da bertukar menjadi manufacturing field. Everything is new, alienated to you. Oh- masa tu boss aku nama dia Mr Aravin. Kat sana aku tiada isu langsung dengan bos panas baran ke apa, because boss sangat baik hati & selalu tanyakan feedback tentang his leadership. Well sometime he can be a bit strict, but it is all for my own benefit.
Tapi dengan kerja yang bukan bidang kau, kau akan rasa sangat suffocate dengan tugas-tugas harian. Bangun pagi pon rasa malas gila nak pergi kerja.. Ditambah pulak dengan isu-isu politic company (you know it when you've worked). Jadi setelah setahun bekerja di sana, akhirnya aku meletak jawatan pada tanggal 1 Oktober 2017 (tepat setahun doo). Masa tu aku takde backup pekerjaan sebab aku terlalu stress kerja kat sana sampai a part of my head became bald (dah nampak makin kurang rambut ðŸ˜). Tapi Mr Aravin taknak terima perletakan jawatan aku sebab dia nak aku berjaya. Dia suruh aku hantar surat letak jawatan tu bila aku dah dapat kerja lain. He even try to find job for me huhu..
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgg6Hd-Ig9Lb4jIIVAxR9fzt8wvgNkfs-jTeW8NA8M_748Xsa09JQL3Ck4sSdLhfyCsWTAX21CebdS_zpYjpZGxQop3seA54eHdnpYKR6gXXTrTd1D0RD2STu03qpNx9856-mgDOtayh3xt/s320/IMG_20171031_213544.jpg) |
Last day kerja di Filtermation - Mr Aravin (tengah)
awak pergi makan kat Mitsui. |
Alhamdullilah, tak lama lepas tu ak mendapat panggilan interview by an electrical services company. I was freaking ready for this interview kot... Well, company ni agak kecik berbanding company lama aku dan gaji yang ditawarkan pon agak rendah, tapi aku apedehal... memang niat dihati nak kembali kepada jalan yang benar (I mean electrical stream) dan untuk belajar. Oh-uh.. lupa nak bagitahu, company ni nama dia Antawara Sdn Bhd. Balik ja dari sesi temuduga tu, aku terus dapat email mengesahkan aku telah lulus temuduga dan diberi tempoh bla bla bla untuk menerima tawaran tersebut. dalam hati aku masa tu pikir like this company very desperate looking for engineer... Tapi belakang kira.. dah dapat kerja maksudnya aku boleh hantar resign letter le woi!
Berat hati Mr Aravin terima my resignation letter waktu tu. Huhu rasa bersalah pulak kecewakan hati dia. Tapi kene ingat, pengalaman mendewasakan. Okay! Dan tanggal 30 Oktober 2017 aku meninggalkan Filtermation dan bergerak ke Antawara. Nanti aku akan cerita apa yang aku belajar kat Antawara ni.. 💗
Jadi apa pengalaman yang aku nak share kat sini:-
- Jangan terlalu memilih perkerjaan kerana tiada apa yang kekal di dunia. You can just move on when you are ready. Yang penting adalah pengalaman.
- Everything is a knowledge. Cara berkomunikasi dengan rakan sekerja pon satu ilmu hang tau dak??! Jangan bawak perangai time belajar nak me'YOLO' kat tempat kerja ae..
- Untuk adik-adik yang masih belajar, kautlah segala peluang pekerjaan yang ada semasa belajar ni walaupun korang graduate lambat lagi.
- Bagi adik-adik yang tengah cari kerja tu, jangan risau, setiap orang ada jangka masa dia sendiri. Jangan putus asa, teruskan usaha dan perbaiki diri untuk masa hadapan.
Akhir kata, segala apa yang berlaku pada kita akan mematangkan diri kita. Jangan terlalu rigid terhadap sesuatu perkara. Buka minda, buka hati dan bertawakkallah selalu. InsyaAllah akan sentiasa dipermudahkanNya.